Tuesday, 21 November 2017

Asam Pedas Paling mudah

Asam pedas ni banyak versi. Versi Melaka, versi kedah, versi perak, dan mcm2 lagi semua nyer dengan bahan yang berbeza tetapi asas nyer tetap sama. Resepi asam pedas yang Yaya buat ni special sebab sngt mudah tapi rase dia sngt sedap.

Resepi mudah untuk buat asam pedas yang rase nyer memang sedap!!!!! Cadangan makan asam pedas ni bersama nasi putih, telur masin + ulam seperti timun + telur dadar.

Sukatan boleh agak-agak jer yer, sebab Yaya jarang nak sukat2 bile masak ni agak2 ikut kadar yang bersesuaian.

Cili boh tu kalu lebih boleh simpan dalam peti ais senang nnt bile nak guna.

Bahan-bahan:
- Ikan Kembong/pari - ikut suka jenis ape yg bersesuian
- Asam jawa adabi
- Daum kesum
- Bunga kantan - kalau x de, x pe
- Terung/Bendi - Bendi boleh pekatkan kuah asam pedas

Bahan kisar:
Cili kering ni Yaya suka campur yang besar (x pedas) + yang kerinting (pedas)
- 10 atau 15 tangkai cili kering - rendam air panas/ rebus dulu
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Belacan bakar

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, goreng bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Pastikan api jangan terlalu besar nnt cepat hangit cili boh tu.
3. Goreng bersama sedikit daun kesum.
4. Masukkan air asam jawa. Setelah hampir mendidih, masukkan terung, dan bunga kantan.
5. Masukkan ikan dan masukkan lebihan daun kesum bagi menaikkan aroma. Jangan terlalu banyak nnt pahit pula.
6. Setelah ikan masak, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.





Monday, 6 November 2017

Pizza Roti Paling Mudah

Senang jer nak masak pizza roti ni. Agak2 macam tak tau nak makan ape tapi x de la lapar sangat pun, so boleh la buat pizza roti ni. Sesuai pada bila2 masa.

Bahan utama Roti putih + sos tomato / sos spegeti + cheese + topping.

Gambar pizza roti ni random ambik dari google, boleh jer nak tambah topping macam2 ikut selera


Bahan-bahan

  • Roti gardenia - or any roti putih / wholemeal
  • Capsicum - hijau / merah / kuning
  • Bawang holland - tak suka bawang x yah buh
  • Tomato
  • Cheese - any cheese
  • Sos spegeti - atau sos tomato pun x pe
  • Italian herbs / Mixed Herbs
  • Black pepper  - kalu x suka buh la Lada Sulah 
  • Sosej - rebus dulu dan potong slice - kalau tak suka x yah buh
Cara-cara
  • Sapukan sos spegeti atau sos tomato.
  • Hiriskan ikut suka boleh potong dadu atau slice semua bahan topping - capsicum, tomato, bawang holland, sosej yang telah direbus
  • Bubuh la bahan-bahan toppping tu boleh selang seli tabur cheese
  • Ikut suka la nak tabur macam mana pun topping tu, selepas itu tabur mixed herb / italian herbs, kalu ade oregano tabur la sikit, pastu tabur black pepper. selesai.
  • Masak dalam non-stick pan, tutup kuali tu, api kecil yer. 
  • Try check dalam 3-4 minit, dah masak makan la panas-panas sedap.

Roti KURUS @ Cloud Bread Mudah

Nak buat cloud bread ni mudah jer dengan TIGA bahan. Yer 3 bahan dah boleh buat roti. Yang best nyer Cloud Bread ni sangat rendah karbohidrat. Roti  ni tidak menggunakan tepung gandum pun. Setelah menggoogle and mengYoutube so ni la cara-cara nyer macam mana nak buat Cloud Bread.

Sebelum tu nak cerita sikit pasal Cloud Bread ni. Macam ni rupe Cloud Bread tu:
Cloud Bread

Macam mana cara penyimpanan / storage Cloud Bread ni?
  1. Boleh simpan macam simpan roti yang kite biase beli kat kedai tu. Simpanan cara biasa ni boleh tahan selama 3 hari.
  2. Kalau nak simpan dalam fridge boleh tahan 7 hari, keluarkan dari fridge then biarkan sebentar sebelum toast.
Bahan-bahan
  • 3 biji telur - asingkan telur kuning
  • 3 sudu makan cream cheese
  • 1/4 atau satu sudu kecil baking powder - atau cream of tartar
Cara-cara

  • Panaskan oven pada suhu 150 degree celsius
  • Asigkan telur kuning dan campurkan bersama cream cheese.
  • Dalam bekas yang berasingan campurkan baking powder bersama telur putih dan pukul or guna mixer sehingga fluffy. 
  • Dengan berhati-hati campurkan telur kuning dan cream cheese tadi kedalam bancuhan putih telur yang dah fluffy ni. Kenapa perlu hati-hati sebab kita tak nak rosakkan fluffy putih telur tu.
  • Buat dengan hati-hati dan dengan pantas sebab untuk elakkan bancuhan jadi cair.
  • Ambil sudu dan letakkan dalam tray ikut la besar mana pun. Jangan lupe lapik dengan baking sheet dulu.
  • Then bakar selama 17-20 minit.
Cadangan nak makan macam mana Cloud bread ni?

Boleh dimakan macam roti bakar or seperti ni:







Saturday, 4 November 2017

Ayam Percik Berkuah Mudah Simple

Ayam percik berkuah ni pterpulang pada yang suka kuah warna putih tak payah la letak cili kering. Untuk berkuah merah tu sebab letak cili kering. 

Bahan-bahan dan cara membuat Ayam Percik

Perap ayam dengan:
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Bahan blend/kisar: bawang merah, bawang putih, halia
  1. Ayam boleh dibakar atau digoreng ikut suka.
Bahan-bahan dan cara membuat Kuah Ayam Percik

Bahan blend/kisar unutk kuah ayam percik: 
  • 8 ulas bawang merah
  • Cili kering rendam dulu (kalau nak kuah putih tak payah letak cili kering)
  • Asam keping - 2 keping
  1. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak
  2. Masukkan ayam keping
  3. Masukkan santan
  4. Masukkan garam
Boleh makan begitu saja atau bersama nasi kerabu / nasi putih.