Monday, 6 November 2017

Pizza Roti Paling Mudah

Senang jer nak masak pizza roti ni. Agak2 macam tak tau nak makan ape tapi x de la lapar sangat pun, so boleh la buat pizza roti ni. Sesuai pada bila2 masa.

Bahan utama Roti putih + sos tomato / sos spegeti + cheese + topping.

Gambar pizza roti ni random ambik dari google, boleh jer nak tambah topping macam2 ikut selera


Bahan-bahan

  • Roti gardenia - or any roti putih / wholemeal
  • Capsicum - hijau / merah / kuning
  • Bawang holland - tak suka bawang x yah buh
  • Tomato
  • Cheese - any cheese
  • Sos spegeti - atau sos tomato pun x pe
  • Italian herbs / Mixed Herbs
  • Black pepper  - kalu x suka buh la Lada Sulah 
  • Sosej - rebus dulu dan potong slice - kalau tak suka x yah buh
Cara-cara
  • Sapukan sos spegeti atau sos tomato.
  • Hiriskan ikut suka boleh potong dadu atau slice semua bahan topping - capsicum, tomato, bawang holland, sosej yang telah direbus
  • Bubuh la bahan-bahan toppping tu boleh selang seli tabur cheese
  • Ikut suka la nak tabur macam mana pun topping tu, selepas itu tabur mixed herb / italian herbs, kalu ade oregano tabur la sikit, pastu tabur black pepper. selesai.
  • Masak dalam non-stick pan, tutup kuali tu, api kecil yer. 
  • Try check dalam 3-4 minit, dah masak makan la panas-panas sedap.

No comments:

Post a Comment