Friday, 27 October 2017

Gulai Ikan - Gulai Kuning Kelantan

Mula-mula rase pelik jugak sebab Yaya ni orang utara, bile kat kelantan derang panggil gulai jugak tapi color kuning...hehe. Kalau kat utara bile sebut gulai tu lauk kari yang color oren tu la. Tapi gulai kuning kelantan Ya Allah sedap nyer tak terkata. Masak hari ni, esok perangat jadi lagi double2 sedapnyer.

Bahan-bahan

  • Ikan tongkol - rebus dahulu bersama garam dan asam keping, rebus awal2 lagi sedap nnt rase ikan tu
  • Kacang panjang - tapi guna timun pun sedap
  • Cili putih - luar dari kelantan kena try carik kat supermarket - cili ni biase buat solok lada
  • Santan
  • Gula, garam
Cili putih/hijau kelantan - gambar dari mr.google

Bahan2 yang perlu dibakar/sangai 
  • Bawang merah - mesti lebih dari bawang putih
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • 1/2 inci Lengkuas - jangan banyak sngt nnt pahit
  • 1/2 inci halia 
  • Cili padi - kalu suka pedas bubuh la lebih
Bahan-bahan untuk diblend/kisar
  • Semua bahan yang telah dibakar
  • 2 Tangkai Cili kering - basuh dan tak payah rebus
  • 1 sudu kepala santan
Cara-cara
  1. Letakkan periuk dan jangan buka api lagi.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
  3. Masukkan santan, cili putih, kacang panjang dan baru boleh buka api.
  4. Kacau perlahan-lahan dan masukkan air jika rase macam kuah terlalu pekat. Sebenarnyer kuah pekat lagi sedap. Ikut la selera masing-masing.
  5. Apabila kacang panjang dan cili putih hampir masak, masukkan ikan rebus.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  7. Kacau perlahan-lahan jangan sampai pecah minyak.
Lagi sedap dimakan bersama sambal lada. Esok pagi boleh perangat jadi nasi berlauk. Sedap nyer.

Daging Masak Hitam

Daging masak hitam ni memang sedap makan dengan nasi panas. Bile tengok resepi terpikir macam "Eh mampu ke aku nak masak Daging Masak Hitam ni?". Tapi kan kite kena berani mencuba, tak de la family makan lauk yang same jer. Kalau alasan malas dan tak ade mase tu tak dapat la nak tolong. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Masa tak akan pernah ade, kite yang kena bijak manage masa supaya boleh jugak selit2 waktu untuk family kan. Sekurang2nyer bile kite masak tu boleh lupa sekejap yang kite ni stress dengan macam2 keje. Resepi ni sukatannya sesuai untuk 1 kg daging.

Nak mudah masak, sediakan semua bahan terlebih dahulu termasuk la garam gula tu tak de la nanti tercari-cari. Untuk memudahkan lagi, blend cili boh siap2, simpan dalam peti ais, nak guna nnt boleh jimat mase.

Bahan-bahan
-Daging - rebus bagi lembut, nak cepat guna pressure cooker, air rebusan jangan buang
-3 to 4 sm kicap pekat
-1 sk jintan manis - serbuk
-1 sk jintan putih - serbuk
-1 sk ketumbar - serbuk
-Air asam jawa - agak2 la jgn banyak sngt nnt masam
-1 kiub daging -  boleh ganti dengan air rebusan daging tadi
-Garam, gula
Bahan A untuk ditumis
-Daun kari
-1 batang serai - tumbuk2 skit atau  dititik
-2 to 3 kuntum bunga lawang
-2 to 3 biji buah pelaga
-5 kuntum bunga cengkih
Bahan B untuk diblend - atau kalu rajin tumbuk, tumbuk la
-6 ulas bawang merah
-2 to 3 ulas bawang putih
-15 to 20 tangkai cili kering - rendam dengan air panas or rebus lepastu blend
-1 inci halia
Cara-cara
-Setelah daging siap direbus, boleh la mulakan proses memasak.
-Tumis Bahan A sehingga naik bau.
-Masukkan Bahan B dan masak sehingga garing. Bila dah nampak macam pecah minyak tu, meaning sambal kite dah garing la tu.
-Masukkan daging yang telah direbus tadi, kalau guna daging batang pinang, tak perlu rebus sebab bahagian batang pinang ni cepat lembut.
-Masak sehingga daging sebati dengan sambal dan empuk.
-Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis dan serbuk ketumbar. Bancuh dengan air dahulu.
-Selepas itu masukkan kicap pekat, kalu 3 sudu tak cukup, boleh tambah lagi 1 sudu. Gaul2 bagi sebati.
Mudah jer kan cara-cara mak masak Daging Masak Hitam ni, cuma dalam proses penyediaan tu yang makan mase sedikit. 

Thursday, 26 October 2017

Jacket potato + Steak + Black pepper sos + Salad

Macam mana nak buat Jacket potato? Mudah jer sebenarnyer, kentang tu kita bakar then mase panas2 letak la butter and anything yg kite suka. Jacket potato ni boleh juga dimakan mase breakfast or jadi hidangan sampingan. Ade juga yang menggunakan cara rebusan sahaja dan kalau nak rebus jangan buang kulit, dan jangan rebus sehingga terlalu lembik kentang tu.

Resepi black pepper sos ni lain sedikit sebab kita guna cooking cream dan tidak menggunakan bawang holland and tepung gandum.

Bahan dan cara penyediaan Jacket Potato

Bahan-bahan
  • Kentang saiz besar
  • aluminium foil
  • butter
  • hiasan seperti serbuk papprika, cheese, baked beans
Cara-cara 

  1. Basuh kentang saiz besar, tak payah buang kulit
  2. balut dengan aluminium foil dan bakar dalam oven dengan suhu 140, selama 20-40 minit
  3. Cara hidangan:
  • keluarkan dari oven, guna pisau potong cross/pangkah tengah2
  • tekan kiri kanan potato yg still dibalut dengan aluminium foil dengan kain sebab panas



  • isi kentang akan terkeluar sedikit, letak butter tengah2 atas isi yang terkeluar
  • tabur sedikit serbuk paprika atas butter dan perasa asas iaitu garam dan serbuk lada hitam
  • Tabur cheese dan baked beans

tengah panas2 tu tabur cheese dan ape2 yang disukai

Bahan dan cara penyediaan steak

Bahan-bahan
  • daging steak
  • garam
  • black pepper
Cara-cara
  1. basuh daging
  2. salut dengan garam dan black pepper
  3. Ada dua cara untuk masak daging steak ni:
  • cara pertama: masak dengan sedikit minyak dalam kuali dalam beberapa minit dan bakar dalam oven
  • cara kedua: yang ni mudah jer, just guna grill pan and settle daging steak kita
Bahan dan cara penyediaan Black pepper sos

Bahan-bahan
  • 2 sm lada hitam - tumbuk kasar 
  • Sos lada hitam
  • 2 sm Butter
  • 3 to 4 sm cooking cream 
  • kiub ayam
  • 1 to 2 sudu kecil kicap pekat-  ikut suka
Cara-cara
  1. Panaskan periuk/ souce pan dan masukkan butter
  2. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kasar
  3. Masukkan sos lada hitam - ikut suka, adjust2 la then gaul sebati
  4. Kemudian masukkan cooking cream
  5. Setelah itu masukkan kiub ayam dan gaul sebati
  6. Akhir sekali masukkan kicap pekat.
Bahan dan cara penyediaan Salad

Bahan-bahan
  • Broccoli, cauliflower, carrot 
  • Butter
  • Bawang putih - dicincang 
  • garam
  • serbuk lada hitam
Cara-cara
  1. Semua sayuran dibasuh dan potong tak ikut saiz 
  2. Rebuskan semua sayuran
  3. Panaskan kuali dan masukkan butter dan bawang putih yang telah dicincang
  4. Masukkan semua sayuran yang telah direbus tadi ke dalam kuali dan gaul2 bersama butter and bawang putih.
  5. Gaulkan juga bersama garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.



Wednesday, 25 October 2017

Lamb Chop & Mashed Potato & Apple Black pepper Sos

Ini satu lagi resepi Lamb Chop. Tapi berbeza dari resepi sebelum ni. Sebab yang ni ade mashed potato atau kentang putar dan beza pade sos black pepper nyer. Resepi ni Yaya dapat dari rancangan masakkan. Tapi macam biase la mesti Yaya akan ubah sikit ikut bahan-bahan yang ada didapur.

Bahan2 dan cara penyediaan Lamb Chop
  1. Perap ribs dengan garam dan serbuk lada hitam - kalau tak de ribs boleh guna daging lamb yang frozen tu
  2. Ambil kuali grill dan masukkan minyak sedikit kemudian masak ribs tu.
  3. Panggang / grill agak2 dalam 3 to 5 minutes

Bahan2 dan cara penyediaan Mashed Potato
  1. Rebus kentang dengan kulit - cuci dulu sebelum tu
  2. Sejukkan kentang dan buang kulit, potong dan penyek2 kentang tu
  3. Setelah penyek2 kentang tu masukkan butter, garam, serbuk lada hitam dan gaulkan

Bahan2 dan cara penyediaan Apple Black pepper Sos
  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan tepung gandum setengah sudu makan dan kacau2 bagi tak berketul
  3. Masukkan serbuk lada hitam dan gaulkan
  4. Kemudian, masukkan jus apple
  5. Kalau rase macam agak cair, boleh tambah tepung gandum, gaul2 bagi pekat, pastikan tidak berketul
  6. Masukkan air kosong sedikit untuk kurangkan rasa manis jus apple
  7. Masukkan sos tomato 1 atau 2 sudu makan, sos tiram 1 atau 2 sudu makan, dan kicap masin 1 sudu makan
  8. Gaul2 bagi sebati. 

Cara hidangan - ikut la kreativiti masing2..hehe.

Tuesday, 24 October 2017

Bihun Sup Simple & Sedap

Ni resepi bihun sup paling simple tapi sedap dan cukup rase. Yaya nyer resepi bihun sup ni ala-ala style bihun sup utara. Resepi ni sesuai untuk 2 atau 3 orang makan. Adjust2 la yer. Jangan takut untuk mencuba resepi, Insyallah boleh. Tapi Yaya tak buat sambal bihun sup utara sebab tak jumpa lagi resepi yang sedap untuk sambal merah tu. Yaya buat sambal kicap. Sambal kicap ni boleh juga dimakan dengan bihun goreng.

Bahan2 dan cara penyediaan bihun
  • Didihkan air dan tambah sedikit serbuk kunyit - agak2 jer la yer
  • Setelah air mendidih masukkan bihun 
  • Bila bihun dah agak lembut, toskan dan cucurkan dengan air nak bagi hilang lebihan warna kuning kunyit

Bahan2 dan cara penyediaan sup 
  • Blend/tumbuk 1 labu bawang besar bersama 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia
  • Tumiskan 4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
  • Bile dah bau wangi 4 sekawan tu masukkan bahan blend tadi
  • Masukkan 3 sudu makan rempah sup
  • Kacau sehingga garing
  • Masukkan air agak2 bersama sup bunjut, 2 kiub ayam dan ayam beberapa ketul
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Masak sehingga empuk ayam tu.

Bahan2 dan cara penyediakan sambal kicap
  • Blend 4 batang cili merah buang biji bersama 2 cili padi dan 4 ulas bawang merah
  • Dah siap blend, perahkan limau - tak kisah limau kasturi or limau nipis, ikut ape yang ada kat dapur, kalau ade lemon, perah la lemon pun tapi jgn perah sebijik lemon tu, masam la pulak nanti
  • Kemudian masukkan kicap masin agak2 la bersama gula - Yaya guna kicap masin sebab tak payah bubuh garam dah.

Alkisah Yaya and Cooking blog

Blog ni Yaya buat sebab senang nak simpan resepi. Selalunyer koleksi resepi Yaya akan buat dalam MS Word, jadinyer banyak sangat file2 yang berterabur dalam laptop ni. Dah bnyk tahun Yaya kumpul resepi. So Yaya decide why not buat Cooking Blog then boleh simpan resepi2 ni dalam cooking blog Yaya.

Of course Yaya suka masak yang sedap, simple, kos yang murah dan jimat masa. Yaya suka ubah resepi ikut suka, so kalau nk try, silakan and kalau nak share pun silakan, and kalau nak simpan buat koleksi sendiri pun silakan.

Nak tau satu secret tak? Yaya bukan reti masak pun, tapi sentiasa belajar dari rancangan masakkan, buku2 masakkan, and google resepi2 yang terpikir nak masak.

Sibuk bukan alasan untuk tidak masak. Biarla family dapat rasa air tangan kita lagi2 la boleh eratkan silaturrahim.

Biase nyer malam sebelum tidur tu Yaya dah pikir dah esok breakfast nak masak ape and dinner nak masak ape. Hujung minggu baru Yaya masak special untuk lunch, macam nasi tomato ke, nasi minyak ke, nasi ayam ke..macam2 lagi la. Kadang2 petang hujung minggu Yaya buat minum petang untuk family. Ade juga time tak rase langsung nak masak, jadinyer makan kat luar la, tapi jarang-jarang la, macam nak makan ikan bakar ke or ade orang belanja makan..hehe.

Pastikan kita tau barang ape yang ade kat dapur and buat list mase beli barang, list tu ikut ape resepi yang kita nak masak dalam minggu ni, agak2 la. Basic groceries macam bawang, gula, garam tu memang la wajib beli. Yaya guna gula organik dan garam bukit. Beli siap2 jenis herb macam mixed herb, italian herbs, etc. Boleh simpan lama and nanti nak masak jimat kos dah.

Ok setakat ni saje dulu.