Thursday, 26 October 2017

Jacket potato + Steak + Black pepper sos + Salad

Macam mana nak buat Jacket potato? Mudah jer sebenarnyer, kentang tu kita bakar then mase panas2 letak la butter and anything yg kite suka. Jacket potato ni boleh juga dimakan mase breakfast or jadi hidangan sampingan. Ade juga yang menggunakan cara rebusan sahaja dan kalau nak rebus jangan buang kulit, dan jangan rebus sehingga terlalu lembik kentang tu.

Resepi black pepper sos ni lain sedikit sebab kita guna cooking cream dan tidak menggunakan bawang holland and tepung gandum.

Bahan dan cara penyediaan Jacket Potato

Bahan-bahan
  • Kentang saiz besar
  • aluminium foil
  • butter
  • hiasan seperti serbuk papprika, cheese, baked beans
Cara-cara 

  1. Basuh kentang saiz besar, tak payah buang kulit
  2. balut dengan aluminium foil dan bakar dalam oven dengan suhu 140, selama 20-40 minit
  3. Cara hidangan:
  • keluarkan dari oven, guna pisau potong cross/pangkah tengah2
  • tekan kiri kanan potato yg still dibalut dengan aluminium foil dengan kain sebab panas



  • isi kentang akan terkeluar sedikit, letak butter tengah2 atas isi yang terkeluar
  • tabur sedikit serbuk paprika atas butter dan perasa asas iaitu garam dan serbuk lada hitam
  • Tabur cheese dan baked beans

tengah panas2 tu tabur cheese dan ape2 yang disukai

Bahan dan cara penyediaan steak

Bahan-bahan
  • daging steak
  • garam
  • black pepper
Cara-cara
  1. basuh daging
  2. salut dengan garam dan black pepper
  3. Ada dua cara untuk masak daging steak ni:
  • cara pertama: masak dengan sedikit minyak dalam kuali dalam beberapa minit dan bakar dalam oven
  • cara kedua: yang ni mudah jer, just guna grill pan and settle daging steak kita
Bahan dan cara penyediaan Black pepper sos

Bahan-bahan
  • 2 sm lada hitam - tumbuk kasar 
  • Sos lada hitam
  • 2 sm Butter
  • 3 to 4 sm cooking cream 
  • kiub ayam
  • 1 to 2 sudu kecil kicap pekat-  ikut suka
Cara-cara
  1. Panaskan periuk/ souce pan dan masukkan butter
  2. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kasar
  3. Masukkan sos lada hitam - ikut suka, adjust2 la then gaul sebati
  4. Kemudian masukkan cooking cream
  5. Setelah itu masukkan kiub ayam dan gaul sebati
  6. Akhir sekali masukkan kicap pekat.
Bahan dan cara penyediaan Salad

Bahan-bahan
  • Broccoli, cauliflower, carrot 
  • Butter
  • Bawang putih - dicincang 
  • garam
  • serbuk lada hitam
Cara-cara
  1. Semua sayuran dibasuh dan potong tak ikut saiz 
  2. Rebuskan semua sayuran
  3. Panaskan kuali dan masukkan butter dan bawang putih yang telah dicincang
  4. Masukkan semua sayuran yang telah direbus tadi ke dalam kuali dan gaul2 bersama butter and bawang putih.
  5. Gaulkan juga bersama garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.



No comments:

Post a Comment