Friday, 27 October 2017

Daging Masak Hitam

Daging masak hitam ni memang sedap makan dengan nasi panas. Bile tengok resepi terpikir macam "Eh mampu ke aku nak masak Daging Masak Hitam ni?". Tapi kan kite kena berani mencuba, tak de la family makan lauk yang same jer. Kalau alasan malas dan tak ade mase tu tak dapat la nak tolong. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Masa tak akan pernah ade, kite yang kena bijak manage masa supaya boleh jugak selit2 waktu untuk family kan. Sekurang2nyer bile kite masak tu boleh lupa sekejap yang kite ni stress dengan macam2 keje. Resepi ni sukatannya sesuai untuk 1 kg daging.

Nak mudah masak, sediakan semua bahan terlebih dahulu termasuk la garam gula tu tak de la nanti tercari-cari. Untuk memudahkan lagi, blend cili boh siap2, simpan dalam peti ais, nak guna nnt boleh jimat mase.

Bahan-bahan
-Daging - rebus bagi lembut, nak cepat guna pressure cooker, air rebusan jangan buang
-3 to 4 sm kicap pekat
-1 sk jintan manis - serbuk
-1 sk jintan putih - serbuk
-1 sk ketumbar - serbuk
-Air asam jawa - agak2 la jgn banyak sngt nnt masam
-1 kiub daging -  boleh ganti dengan air rebusan daging tadi
-Garam, gula
Bahan A untuk ditumis
-Daun kari
-1 batang serai - tumbuk2 skit atau  dititik
-2 to 3 kuntum bunga lawang
-2 to 3 biji buah pelaga
-5 kuntum bunga cengkih
Bahan B untuk diblend - atau kalu rajin tumbuk, tumbuk la
-6 ulas bawang merah
-2 to 3 ulas bawang putih
-15 to 20 tangkai cili kering - rendam dengan air panas or rebus lepastu blend
-1 inci halia
Cara-cara
-Setelah daging siap direbus, boleh la mulakan proses memasak.
-Tumis Bahan A sehingga naik bau.
-Masukkan Bahan B dan masak sehingga garing. Bila dah nampak macam pecah minyak tu, meaning sambal kite dah garing la tu.
-Masukkan daging yang telah direbus tadi, kalau guna daging batang pinang, tak perlu rebus sebab bahagian batang pinang ni cepat lembut.
-Masak sehingga daging sebati dengan sambal dan empuk.
-Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis dan serbuk ketumbar. Bancuh dengan air dahulu.
-Selepas itu masukkan kicap pekat, kalu 3 sudu tak cukup, boleh tambah lagi 1 sudu. Gaul2 bagi sebati.
Mudah jer kan cara-cara mak masak Daging Masak Hitam ni, cuma dalam proses penyediaan tu yang makan mase sedikit. 

No comments:

Post a Comment