Tuesday, 24 October 2017

Alkisah Yaya and Cooking blog

Blog ni Yaya buat sebab senang nak simpan resepi. Selalunyer koleksi resepi Yaya akan buat dalam MS Word, jadinyer banyak sangat file2 yang berterabur dalam laptop ni. Dah bnyk tahun Yaya kumpul resepi. So Yaya decide why not buat Cooking Blog then boleh simpan resepi2 ni dalam cooking blog Yaya.

Of course Yaya suka masak yang sedap, simple, kos yang murah dan jimat masa. Yaya suka ubah resepi ikut suka, so kalau nk try, silakan and kalau nak share pun silakan, and kalau nak simpan buat koleksi sendiri pun silakan.

Nak tau satu secret tak? Yaya bukan reti masak pun, tapi sentiasa belajar dari rancangan masakkan, buku2 masakkan, and google resepi2 yang terpikir nak masak.

Sibuk bukan alasan untuk tidak masak. Biarla family dapat rasa air tangan kita lagi2 la boleh eratkan silaturrahim.

Biase nyer malam sebelum tidur tu Yaya dah pikir dah esok breakfast nak masak ape and dinner nak masak ape. Hujung minggu baru Yaya masak special untuk lunch, macam nasi tomato ke, nasi minyak ke, nasi ayam ke..macam2 lagi la. Kadang2 petang hujung minggu Yaya buat minum petang untuk family. Ade juga time tak rase langsung nak masak, jadinyer makan kat luar la, tapi jarang-jarang la, macam nak makan ikan bakar ke or ade orang belanja makan..hehe.

Pastikan kita tau barang ape yang ade kat dapur and buat list mase beli barang, list tu ikut ape resepi yang kita nak masak dalam minggu ni, agak2 la. Basic groceries macam bawang, gula, garam tu memang la wajib beli. Yaya guna gula organik dan garam bukit. Beli siap2 jenis herb macam mixed herb, italian herbs, etc. Boleh simpan lama and nanti nak masak jimat kos dah.

Ok setakat ni saje dulu.