Sunday, 10 December 2017

Onde-onde Buah Melaka Mudah Kalu Kau Malas Aku Tak Kesah





Bahan-bahan inti:
-gula melaka
-kelapa parut - nak cepat, x yah buh pun x pe

Bahan-bahan tepung:
-250 gram tepung pulut
-jus daun pandan
-sedikit pewarna hijau

Bahan untuk golek2 onde-onde tu:
-kelapa parut - putih sahaja
-1/2 suku teh garam

Cara-cara buat inti:
-versi ni senang jer kau potong2 kasar2 dan agak kecil2 sedikit gula melaka tu
-nnt kite buh jer dlm doh tu, senang jer kan.
-untuk versi kalu kau rajin goreng dulu kelapa parut tanpa minyak sehingga agak kering dan kuning2 sedikit.
-masukkan gula melaka yang dah dipotong2 dan kacau sehingga gula melaka cair dan sebati. ketepikan, nnt buh dlm doh jer.

Cara-cara buat adunan kuih:
-jerang air terlebih dahulu letak daun pandan bagi bau wangi.
-sementara tu buat adunan doh.
-Bancuh tepung pulut bersama air pandan sehingga doh boleh dibentuk bulat2. Jgn terlalu bnyk air nnt x jadi.
-tekan doh dan masukkan inti dan bulat2kan doh.
-masukkan doh berinti dlm periuk yang airnya sudah mendidih.
-apabila doh timbul bermaksud ia sudah masak, angkat dan toskan.
-golek2kan dalam kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam.