Sunday, 10 December 2017

Onde-onde Buah Melaka Mudah Kalu Kau Malas Aku Tak Kesah





Bahan-bahan inti:
-gula melaka
-kelapa parut - nak cepat, x yah buh pun x pe

Bahan-bahan tepung:
-250 gram tepung pulut
-jus daun pandan
-sedikit pewarna hijau

Bahan untuk golek2 onde-onde tu:
-kelapa parut - putih sahaja
-1/2 suku teh garam

Cara-cara buat inti:
-versi ni senang jer kau potong2 kasar2 dan agak kecil2 sedikit gula melaka tu
-nnt kite buh jer dlm doh tu, senang jer kan.
-untuk versi kalu kau rajin goreng dulu kelapa parut tanpa minyak sehingga agak kering dan kuning2 sedikit.
-masukkan gula melaka yang dah dipotong2 dan kacau sehingga gula melaka cair dan sebati. ketepikan, nnt buh dlm doh jer.

Cara-cara buat adunan kuih:
-jerang air terlebih dahulu letak daun pandan bagi bau wangi.
-sementara tu buat adunan doh.
-Bancuh tepung pulut bersama air pandan sehingga doh boleh dibentuk bulat2. Jgn terlalu bnyk air nnt x jadi.
-tekan doh dan masukkan inti dan bulat2kan doh.
-masukkan doh berinti dlm periuk yang airnya sudah mendidih.
-apabila doh timbul bermaksud ia sudah masak, angkat dan toskan.
-golek2kan dalam kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam.


Pineapple Polenta Upside-down Cake a.k.a Kek Nenas Tunggang Terbalik Ade Aku Kesah?




Bahan- Bahan
-Nenas dihiris bulat / 1 tin nenas
-3 biji telur - putih dan kuning
-3 atau 5 biji telur kuning
-Polenta (jagung kisar - kering)
-Tepung gandum
-Baking powder
-Gula (ikut suka)
-Butter

Cara-cara memasak Caramel dan Pineapple
-Masukkan air ke dalam periuk /sauce pan dan masukkan gula, jangan kacau, biarkan masak sehingga perang
-Tuangkan caramel ke dalam bekas dulang pembakar
-Susunkan nenas yang telah dihiris bulat atas lapisan caramel
-Biarkan sebentar di dalam peti sejuk sementara tu boleh buat adunan kek.

Cara-cara membuat kek 
Adunan Pertama:
-Pukul butter bersama gula
-Masukkan telur sedikit demi sedikit, adun sehingga sebati.

Adunan Kedua:
-Dalam bekas berasingan gaulkan tepung gandum bersama polenta dan baking powder.
-Masukkan bahan tepung ke dalam Adunan Pertama sedikit demi sedikit, gaulkan sebati.
-Tuangkan adunan kek perlahan-lahan dan ratakan dia atas nenas dan caramel yang telah di sejukkan sebentar tadi.
-Bakar selama 20 minit.
Cara Hidangan Upside-down
-Setelah kek siap dibakar, ambil pinggan hidangan dan terbalikkan kek. 
-Nenas dan caramel akan berada di atas.
-kau boleh la curah honey ke syrup ke atas kek tu..ikut selera kau la yer.

·  

Saturday, 9 December 2017

Popia Mudah Jer Senang Nak Buat



Popia
Picture frm Mr.Google


Bahan dan cara Sos Popia:
-1 cawan air
-3 sudu makan cili boh
-sedikit cuka
-garam
Masakkan semua bahan sos dan biarkan mendidih, masukkan gula melaka dan gula putih secukup rasa.
Bancuh Tepung jagung dan masukkan ke dlm kuah sos dan gaul-gaulkan.
Jika terlalu pekat, tambahkan air.

Bahan-bahan Popia:
-carrot - potong hiris memanjang
-timun - potong hiris memanjang
-udang kering - rendam dan cincang halus
-lada sulah
-bawang
-garam dan gula
-kulit popia

cara-cara membuat Popia:
-panaskan minyak dan tumis bawang dan udang kering
-masukkan sayur dan setelah layu masukkan lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Setelah masak, ketepikan.
-gunakan kulit popia letak bahan-bahan sayur dan gulungkan.
-gunakan tepung gandum yang dibancuh dgn sedikit air sebagai gam.
-panaskan minyak dan gorengkan, jika nak buat frozen, jgn goreng bagi garing.

Kuih Limas Paling Mudah Sekejap Jer Masak

Kuih limas ni setengah orang panggil Tepung Pelita

Kuih Limas a.k.a Tepung Pelita
Sumber picture Google

Bahan A: Lapisan bawah hijau - kisar semua bahan
-2 1/2 cawan santan cair
-1 cawan air pandan - elok guna daun padan dan blend ambik jus dia
-1 cawan tepung gandum
-4-5 sudu makan gula
-sedikit pewarna hijau

Bahan B: Lapisan atas Putih - kisar semua bahan
-2 1/2 cawan santan pekat
-1 cawan air
-1 cawan tepung gandum
-1/2 sudu teh garam

cara-cara:
-panaskan kukusan terlebih dahulu
-gunakan bekas plastik bersaiz kecil
-letak 1 sudu makan gula terlebih dahulu dan ratakan
-tuangkan bahan kisar A warna hijau separuh bekas dan kukus dengan api kuat selama 10 minit. balut penutup kukusan dengan aluminium foil bg mengelak air menitis ke dalam kuih.
-kemudian tuangkan perlahan-lahan bahan kisar B warna putih dan kukus selama 10 minit dengan api kecil
-setelah masak, sejukkan dahulu sebelum tutup bekas.

Daging Rebus Air Asam Paling Mudah

Cara-cara Rebus daging:
- rebus daging dengan halia dan garam
- korang google la mcm2 petua lembutkan daging

Air Asam
Bahan blend bersama gula, garam, air
-tomato 1 biji
-cili merah
-cili padi
-belacan bakar

Bahan-bahan lain:
-kerisik - kalu x de pun x pe
-bawang besar
-tomato - potong2 kasar
-cili sos
-asam jawa

Cara-cara:
-satukan bahan blend tadi bersama bahan-bahan lain (kerisik, bawang besar, tomato)
-gaul2 dan perah limau kasturi, asam jawan, dan dua ke tiga sudu makan cili sos.

Terung Goreng Berlada Paling Mudah



Bahan-bahan:
-terung
-asam jawa - bancuh dgn air
-1 labu bawnag besar
-garam, gula

Bahan tumbuk:
-4 biji cili merah - buang biji
-1 gengam udang kering - rendam dan toskan
-3 ulas bawang putih
-3 ulas bawang merah

Cara-cara:
-gorneg terung dan ketepikan
-tumiskan bahan tumbuk
-masukkan asam jawa, bawang besar, gula dan garam
-setelah masak, tuangkan ke atas terung goreng tadi.

Daging Dendeng Paling Mudah


Daging Dendeng
Source Pic: Google Image

Cara-cara dan Bahan-bahan:
  1. rebus daging sehingga empuk
  2. setelah empuk, hiriskan nipis2, tumbuk bagi leper
  3. gaulkan daging yg telah ditumbuk dengan kicap 
  4. goreng sampai garing
  5. setelah garing, ketepikan
  6. tumiskan bawang besar 1 ulas, bawang putih 3 ulas, dan halia 1 inci - hiris2
  7. setelah bawang dan halia garing, masukkan cili boh 2 1/2 senduk dan tumis sehingga garing
  8. masukkan lada hitam sebanyak 2 sudu
  9. perahkan air asam jawa - guna air rebusan daging tadi
  10. apabila kuah telah agak kering, gaulkan daging.

Soybean Paste Stew a.k.a Stu Pes Kacang Soya Korea

Stu Pes Kayang Soya ni bukan guna taucu yer jgn silap plak p beli taucu. Carik kat supermarket Soybean Paste korea bnyk jer yang halal.

Soybean Paste Stew
Picture frm google

Bahan-bahan:
-2 sudu makan soybean paste
-bawang holland - potong kecil
-zukini - potong dadu
-potato - potong dadu (kalu x de, x pe just optional jer)
-tofu - potong dadu
-cendawan - potong slice
-bawang putih - cincang halus
-daun bawang - potong kasar
-4 to 5 keping ikan bilis
-red chili pepper flakes
-green onion - kau google la tngk rupe dia mcm mn - potong kasar

cara-cara:
-panaskan 3 1/2 cup of water
-masukkan ikan bilis, rebus dlm 7 minit, keluarkan dari periuk, sebab kite just nak air rebusan bilis ni jer
-tambah 2 sudu besar soybean paste, gaulkan dan biarkan menggelegak, masak dalam claypot dengar bunyi dia menggelegak memang best kan.
-masukkan semua bahn zukini, tofu, cendawan, red chili flakes, bawang, daun bawang, green onion.

Sos Lada Hitam a.k.a Black Pepper Sauce Paling Mudah

Bahan-bahan:
-1 ulas bawang holland - cincang halus
-4 sudu makan tepung gandum
-1 kiub ayam
-2 sudu makan sos tiram
-2 sudu makan kicap manis
-4 sudu makan sos lada hitam
-2 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
-3 cawan air
-2 sudu makan mentega

Cara-cara:
-Cairkan mentega dlm periuk / sauce pan, tumiskan bawang holland
-masukkan lada hitam yg ditumbuk kasar, tumiskan
-masukkan tepung gandum jangan campur air, kacau supaya x bergentel
-masukkan air dan kacau sebati guna hand whisk, masukkan kiub ayam
-masukkan sos lada hitam, sos tiram, kicap manis dan kacau, tambah air jika terlalu pekat.

Ayam Beriani

Perlukan sedikit masa untuk penyedian bahan.

Bahan-bahan:
-kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih - 3 sekawan
-1 sudu makan ginger garlic paste - tumbuk bawang putih + halia
-1 biji tomato
-1 ulas bawang besar
-2 batang cili hijau
-3 helai bay leaf - daun salam
-1 ekor ayam
-4 sudu makan beriani masala powder
-4 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu makan serbuk cili
-segengam daun pudina
-segengam daun ketumbar
-1 sudu makan pes pudina
-2 sudu makan tairu / plain yogurt

Cara-cara:
-tumiskan ginger garlic paste, 3 sekawan dan bay leaf
-masukkan bawang merah dan cili hijau
-setelah masak layu, masukkan rempah beriani masala, serbuk kunyit dan serbuk cili.
-masukkan per pudina dan tairu
-biarkan pecah minyak
-setelah pecah minyak, masukkan ayam
-masukkan tomato, daun pudina dan daun ketumbar
-kacau rata
-tambah 1 cawan air
-perasakan dengan gram dan kacau rata
-biarkan mendidih sehingga ayam masak
-setelah ayam masak, taburkan daun ketumbar

Kari Ikan Periuk Tanah Versi Rempah Kari Buat Sendiri

Kari untuk 3 ekor ikan saiz besar. Sukatan boleh berubah ikut bnyk mn nak masak. Lagi special masak dalam periuk tanah. Mase yaya tngk rancangan tv ni rancangan masak-masak India then dia masak kari ikan haruan. Rupenyer x sukar mn pun nak sediakan rempah kari tu, fresh buatan sendiri bukan serbuk yer.

Bahan kisar untuk Rempah Kari:
-3 to 4 sudu makan ketumbar
-3 to 4 sudu makan jintan manis 
-3 to 4 sudu makan jintan putih
-cili kering dalam 10 to 15 jika saiz kecil
-bawang merah
-bawang putih

Bahan Tumis:
-ketumbar
-jintan manis
-jintan putih
-bawang putih - potong kasar
-bawang merah - potong kasar
-tomato - potong 4
-daun kari - of cozz la name pun masak kari kan

Bahan-bahan lain
-asam jawa
-gula
-garam
-cili hijau dan cili merah

Cara-cara
-mudah jer, tumiskan semua bahan tumis tu sehingga bau wangi
-kemudian masukkan bahan2 yang dikisar tadi tumiskan sehingga naik minyak.
-masukkan air asam jawa
-kemudian masukkan cili hijau dan cili merah, belah tengah jgn sampai terpotong dua.
-perasakan garam dna jika perlu buh la gula
-tutup periuk dan biarkan mendidih
-masukkan ikan masak sehingga empuk.